11 MINGGU LAGI MENUJU KONGRES AGUNG KE 3

Penduduk kampong berharap isu sempadan di selesaikan segera

 
 

KAMPONG BEBULOH 09 APRIL 2008 - PENDUDUK Kampong Bebuluh sebuah kampong yang berjiran dengan Limbang berharap isu tuntutan Brunei keatas Limbang dapat diselesaikan dengan segera.

"Saya berseru kepada pihak Kerajaan Brunei dan Malaysia agar dapat menyelesaikan dengan segera isu tersebut. Setidak-tidaknya kedua-dua pihak wajarlah memberikan tumpuan kepada isu pertindihan sempadan antara Brunei dan Limbang yang sudah sekian lama belum ada penyelesaiannya".

"Perkara ini sangat membimbangkan dan sentiasa menimbulkan kegelisahan dikalangan penduduk warga negara Brunei yang masih memiliki tanah-tanah waris di sebelah Limbang", tegas Awang Mantar, Ketua Ranting NDP Kampong Bebuluh dalam ucapan beliau di majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Ranting NDP Kampong Bebuluh.

"Kami mengutarakan isu tuntutan Brunei keatas Limbang ini bukan untuk bertelagah dengan pihak kerajaan Malaysia. Kita mahu melihat penyelasaiannya melalui perundingan dan melalui diplomasi demi memelihara keharmonian masyarakat di kedua belah pihak dalam

penyelesaian isu tuntutan Brunei keatas Limbang ini", tambah Awang Mantar.

Majlis tersebut berlangsung di rumah Awang Mantar pada hari Ahad bersamaan 6 April 2008.

Major (B) Awang Haji Jaafar, ahli Majlis Tertinggi NDP Brunei-Muara telah dijemput untuk menjadi tetamu kehormat di majlis tersebut.

Dalam ucapan perasmiannya beliau antara lain menyeru ahli-ahli NDP Ranting Bebuloh dan penduduk-penduduk di kawasan Kampong Bebuloh agar terus menyumbangkan khidmat bakti dalam sama-sama memelihara keselamatan negara dan bangsa dari dicerobohi oleh anasir-anasir tidak diingini memandangkan kedudukan Kampog Bebuloh yang berjiran dengan kawasan Limbang.

Juga turut hadir di majlis tersebut ialah sdr Mahmud Morshidi Othman, Timbalan Presiden NDP, Awang Haji Antin, Pemangku Naib Presiden merangkap
Ketua Perhubungan NDP Brunei-Muara, Awang Haji Hanafi Haji Md Daud, Naib Presiden NDP Tutong merangkap Ketua Perhubungan NDP Tutong dan Awang Abdullah Bahjou bin Bundan, ahli Lembaga Penasihat NDP.

Lebih 300 orang hadir untuk meyaksikan perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Ranting NDP Kampong Bebuloh yang mempunyai seramai lebih 70 orang ahli.

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.