LIMBARUH HIJAU 27 APRIL 2008 - PARTI PEMBAGUNAN BANGSA (NDP) turut risau menyaksikan gejala penyalahgunaan dadah semakin merebak di kalangan belia-belia Mealyu Islam di Negara ini.
Dalam masa sama NDP risau melihat penyakit dadah beterusan merebak dan menghancurkan tunas-tunas bangsa Negara, NDP juga bertambah sangat risau menyedari bahawa gejala dadah yang di hadapi negara sekarang mungkin hanya merupakan antara petanda masalah 'virus' yang lebih berbahaya yang sedang di hadapi negara.
Apakah ianya mengambarkan kegagalan sistem sosio-ekonomi dan sosio-politik negara untuk menghasilkan tunas bangsa yang lebih sehat? Apakah ia mengambarkan masalah kurang upaya institusi-institusi di negara ini seperti institusi keluarga, ugama, pendidikan, institusi kebajikan masyarakat dan sebagainya untuk memainkan peranan masing-masing dalam usaha melahirkan benih dan tunas bangsa yang lebih baik?
Waallah wa'alam, kita perlu mengenalpasti 'virus' yang menyebabkan penyakit dadah ini berleluasa yang walaupun berbagai usaha oleh berbagai pihak telah dibuat untuk membenterasnya namun ianya terus berkembang.
Setakat ini apa yang pasti ia mencerminkan kurap, panau, kudis dan kuriping masyarakat yang sebahagiannya mungkin telah terbentuk oleh sistem yang sedia ada sejak 24 tahun lalu yang sekarang telah menghasilkan tunas-tunas bangsa yang tidak kebal dari jangkitan penyakit-penyakit sosial yang sedang melanda negara.
Seperti yang di khutbahkan di mesjid-mesjid dan surau-surau seluruh Negara pada Jumat baru ini, jumlah tangkapan kerana pelbagai kes dadah sepanjang tahun lalu menunjukkan belia Melayu Islam paling ramai ditangkap.
Dari sejumlah 732 tangkapan yang dibuat tahun lalu, hampir 91 peratus atau 664 orang adalah berbangsa Melayu Islam, menurut khutbah tersebut.
Pecahan statistik menunjukkan hampir 89 peratus daripada keseluruhan tangkapan, iaitu 649 orang adalah warga tempatan, manakala 35 orang daripadanya adalah penduduk tetap dan selebihnya warga asing.
Pecahan tangkapan dari sudut jantina pula mendedahkan jumlah pembabitan perempuan dalam kes itu sudah menlangkaui 100 orang apabila 126 orang daripada keseluruhan tangkapan itu adalah perempuan.
Melihat statistik ini, NDP dapat membayangkan masalah penyalahgunaan dadah ini setetunya telah banyak merosakkan dan memusnahkan kehidupan, meruntuhkan kebahagiaan rumah tangga selain mengancam keselamatan agama, bangsa dan negara.
Kita juga turut merasakan betapa Kerajaan pula terpaksa menanggung beban besar membanteras, merawat serta berbelanja untuk pemulihan penagih-penagih dadah.
Dalam usaha memerangi gejala penyalahgunaan dadah ini, NDP telah bertekad untuk sama-sama berganding bahu dengan mana-mana pihak, terutama sekali dengan pihak pengutakuasa undang-undang dalam menangani masalah dadah ini dari terus merosakkan tunas bangsa dan masyarakat kita.
Antara usaha yang telah dilaksanakan ialah berkerjasama dengan Biro Kawalan Narkotik dalam usaha mengadakan ceramah kesedaran tentang bahaya dadah kepada belia-belia dan ibu bapa di markas NDP.
NDP berhasrat untuk meningkatkan lagi inisiatif ini dengan mengadakan program-program serupa bersama BKN di daerah-daerah, mukim-mukim dan kampong-kampong.
Akan tetapi dalam masa sama NDP menyedari walaupun ianya satu usaha yang baik dan selaras dengan hasrat negara, ianya bukan perkara mudah memandangkan sekatan-sekatan psikologi yang dialami masyarakat umum terhadap politik dan sekatan-sekatan peraturan yang tidak mesra politik yang sering dihadapi oleh NDP.
Contohnya untuk mengadakan program sedimikan perlu melalui proses birokrasi yang agak panjang dan perlu memenuhi syarat-syarat yang samar-samar dan kadang-kadang tidak menentu, seperti peyertaan belia-belia remaja, individu-individu yang terikat oleh General Order serta ahli-ahli Majlis Perudingan Mukim dan Kampong.
Namun demikian ianya tidak akan mematahkan semangat NDP untuk terus berusaha membantu kerajaan menagani penyakit-penyakit sosial ini.
Harapan NDP agar pihak-pihak tertentu tidak memandang serong segala usaha ikhlas parti untuk sama-sama membangun bangsa dan Negara dan untuk sama-sama menyelamatkan bangsa dan Negara dari kehancuran, Insya Allah.
Lebih 90% tangkapan dadah orang Melayu