PASAR SERIA 28 APRIL 2008 - HAMPIR sebulan sudah berlalu namun impian penjaja-penjaja kecil di pasar seria untuk mendapat laba dengan kehadiran Pasar Raya moden dibawah bumbung yang sama belum pun menjadi kenyataan.
 |
Malahan bagi sebilangan penjaja-penjaja pasar seria imipian mereka sudah mula bertukar menjadi mimpi ngeri di siang hari.
Mereka mula menyaksikan satu demi satu teman-teman yang tidak tahan lagi sudah gulung tikar. Ada yang sudah menutup langsung perniagaan dan ada pula yang berpindah ke tempat yang lain untuk menyelamatkan perniagaan dari terus di bunuh oleh suasana saingan yang hebat dari
|
 |
towkey kedai yang punya modal pusinganyang besar dan Pasar Raya yang besar berbanding dengan peniaga-peniaga Melayu dan Cina Brunei yang kecil dan kurang mampu.
Itulah kenyataannya yang diperolehi hasil dari kunjungan Timbalan Ketua Himpunan Wanita NDP (HAWA), Dayang Hajah Halimah Janai kelmarin ke pasar Seria.
Beliau membuat tinjauan itu dengan di temani oleh Pengiran Ismail, Ketua Penerangan Perhubungan NDP Belait dan beberapa orang ahli-ahli Jawatankuasa Perhubungan yang lain.
|
 |
Tujuan tinjauan ialah untuk mempastikan kepentingan penjaja-penjaja termasuk beberapa anggota HAWA yang berniaga di pasar Seria terjamin dan tidak terjejas dengan kehadiran Pasar Raya yang telah dibuka hampir sebulan lalu.
Pasar Raya tersebut telah dibuka rasmi oleh Pehin Dato Dani, Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.
Beliau dalam ucapan perasmian menaruh harapan dengan adanya Pasar Raya tersebut di bangunan pasar Seria akan dapat menarik lebih ramai pengunjung ke
|
 |
pasar Seria yang sejak dibangun lebih 10 tahun lalu umpama 'hidup segan mati tak mahu'.
Beliau berharap dengan kehadiran lebih ramai pengunjung untuk berbelanja di Pasar Raya tersebut ianya akan sedikit sebanyak melimpah ke bangku-bangku penjaja-penjaja ikan, sayur dan lain-lain yang sudah berniaga di pasar Seria sejak bangunan pasar tersebut di bina.
Tapi itu harapan sahaja. Memang tidak
|
disangkalkan sejak Pasar Raya tersebut dibuka memang sudah ramai orang berkunjung ke pasar Seria, tapi bukan untuk membeli belah di kawasan-kawasan dimana peniaga-peniaga kecil berjaja.
"Itu Pasar Raya baru memang bagus. Banyak orang datang. Tapi saya orang sama juga. Tidak ada orang", keluh seorang nyonyah penjual sayur yang sudah berniaga di pasar Seria sejak bangunan pasar wujud.
"Kalau dulu di sebelah pagi lagi separuh sayur-sayuran saya sudah laris dijual. Tapi sejak adanya Pasar Raya itu, jualan saya menurun", keluh seorang lagi penjaja sayur berbangsa Melayu.
Menurut mereka janji awal pemilik Pasar Raya untuk tidak bersaing dan menjual barang-barang yang boleh didapati dari penjaja-penjaja kecil tidak ditunaikan.
"Semua yang diperlukan boleh didapati dari Pasar Raya tersebut. Bawang merah, bawang besar, bawang putih, sayur-sayuran, ikan dan ayam daging semuanya ada di dalam Pasar Raya itu", keluh beberapa orang warga emas yang masih berhempas pulas untuk menyara hidup di pasar Seria.
Untuk memastikan kesahihan maklumat yang diterima, tinjauan juga dibuat di Pasar Raya tersebut dan jelas didapati barang-barang jualan seperti bawang merah, bawang puteh, bawang besar, sayur-sayuran import, daging dan ayam beku terdapat di Pasar Raya tersebut.
Memang tidak disangkalkan itu hak Pasar Raya untuk menjual apa sahaja barang-barang yang difikirkan sesuai, tapi dalam masa sama apa hal dengan hak penjaja-penjaja kecil yang setentunya tidak mampu bersaing dengan towkey besar?
Bukankah objektif awal pasar Seria dibangun untuk kemudahan peniaga-peniaga kecil, penjual-penjual ikan, daging dan sayur-sayuran yang merupakan penduduk-penduduk di Daerah Belait? |