Lagun Sungai Pandan mercu tanda sikap cuai semua pihak

 
 

KUALA BELAIT 16 april 2008 -   Mungkin ada yang akan berkata "umpama kera di beri bunga", lantas bunga yang cantik yang sepatutnya dihargai dengan segala keindahannya dinikmati dengan sepenuhnya akan pasti musnah dicarik-carik dan dikunyah-kunyah oleh si kera yang pemugut.

Tapi tunggu dulu. Apakah itu salah si kera? Kenapa pula kita manusia yang mempunyai akal fikiran yang sepatutnya memahami tabiat pemugut si kera memberikan bunga yang cantik kepada si kera yang tolol kalau kita sendiri pun memang bodoh macam kera?

Bukan maksud kita menuduh sesiapa di sini sama maca kera tapi kebodohan kedua-dua belah pihak si pemberi dan si penerima yang menyebabkan satu-satu situasi tidak terurus dengan baik. Inilah perbahasan yang selalu terungkap apabila isu Taman Riadah Kawasan Perumahan Kampong Pandan di Kuala Belait menjadi bahan perbincangan masyarakat di Daerah Belait.

Pihak kerajaan telah menyediakan kemudahan untuk rakyat akan tetapi kemudahan yang diberikan tidak diikuti dengan perkhidmatan pemeliharaan dan penjagaan yang rapi dan beristiqamah.

Dalam masa sama orang ramai pula tidak pandai menghargai kemudahan ini yang akhirnya sudah pun terbiar ianya semakin menjadi rosak disebabkan sikap pemugut sesetengah anak-anak nakal yang menganggap kawasan tersebut kawasan terbiar.

Berikut ialah laporan dari Ketua HAWA NDP yang telah membuat kunjungan ke kawasan tersebut untuk meninjau keadaan di Taman Lagun Kampong Pandan:

Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah membangunkan kawasan Perumahan Kampung Pandan sebagai salah satu pencapaian polisinya memberikan persekitaran dan kawasan kediaman yang selesa dan harmoni bagi rakyat dan penduduk di sekitarnya.

Berjuta-juta ringgit telah dibelanjakan untuk membangunkan kawasan perumahan yang mempunyai penduduk sejumlah sekitar lebih 10,000 orang di atas sebuah kawasan seluas kira-kira hampir 300 hektar termasuklah yang penting dari segi sosial kehidupandan komersial serta taman riadah
yang dilengkapi dengan keindahan dan kebersihan persekitaran.

Satu-satunya taman riadah yang terkenal di kawasan Kampung Pandan ialah Taman Lagun yang dibina di atas sebuah kawasan seluas kira-kira 18 hektar berdekatan dengan Masjid Kampung Pandan 7.

Taman ini merupakan sebagai satu mercu tanda kepada penduduk di kawasan berkenaan dan seluruh penduduk di daerah ini kerana berbagai kemudahan disediakan termasuk sebuah tasek binaan manusia yang dilengkapi dengan koridor air pancut yang berfungsi sebagai pembekal oksigen ke lagun.

Rancangan awal lagun tersebut di cadangkan akan disimpan berbagai jenis ikan perhiasan.

Mr Gary Anderson Jurutera Projek daripada Syarikat Cooper McDonald Daud Sdn Bhd
yang terlibat dengan kerja membangunkan kawasan perumahan Kampung Pandan pernah memberitahu media pada tahun 2001 semasa projek masih dalam pembinaan, lagun bersaiz 400 meter kali 100 meter itu di bina di kawasan seluas tiga hektar juga berfungsi sebagai kawasan takungan air yang mengalir dari sebelah timur dan barang Kampung Pandan melalui longkang besar sejauh dua kilometer yang kemudiannya akan mengalir terus ke Sungai Belait.

Dan jurutera berasal dari Australia itu juga memberitahu selain lagun, podium yang dibina menghadap ke arah kiblat bertentangan dengan Masjid Pandan itu juga dijangka akan  menarik perhatian pengunjung ke taman peranginan itu, kerana menurutnya podium beratap itu akan dihiasi dengan tanaman serta lanskap dan sesuai dijadikan tempat istirahat kerana pengunjung akan dapat menikmati pemandangan seluruh taman termasuk pemandangan perumahan berdekatan.

Bagaimanapun apa yang dibayangkan pada mulanya oleh jurutera itu hanya sebagai sebuah fantasi, malahan beliau juga pernah turut melahirkan kepada pihak media rasa kesalnya ekoran berlakunya kerosakkan ke atas beberapa buah kemudahan permainan kanak-kanak setahun selepas taman itu siap untuk digunakan yang dilakukan oleh si pemugut yang tidak bertanggungjawab. Dan kelihatannya apa yang ada pada masa ini malahan semakin teruk keadaannya.

Tinjauan media ke taman tersebut hari ini, mendapati laluan utama untuk masuk ke taman tersebut masih dalam keadaan jalan tanah yang berlobang-lobang dan tidak .

terurus, selain sampah sarap yang berselerak di merata kawasan, kemudahan-kemudahan permainan yang semuanya sudah rosak, tong-tong sampah yang rosak, tandas yang rosak dan tidak ada bekalan air

Tasek lagun pula ditimbuni oleh sampah sarap dan berbau busuk, di samping dinding bangunan podium yang di ukir-ukirkan dengan perkataan yang kurang sopan, dan papan-papan tanda pemberitahuan untuk orang ramai menjaga kebersihan dan larangan memancing serta berjaja yang sudah luput tulisannya akibat papan yang sudah reput dan rosak catnya dan banyak lagi kemudahan termasuk lanskap dan tanaman yang seperti “hidup segan mati tak mahu” begitu nyata dilihat di taman yang semakin terbiar keadaannya.

Bukan itu saja media juga pernah menyiarkan beberapa kali kelihatan tersadainya anak-anak buaya di dalam tasek lagun tersebut yang dipercayai asalnya daripada Sungai Belait.

Turut membimbangkan penduduk di kawasan tersebut terutama mereka yang menggunakan taman tersebut untuk berjoging setiap awal pagi dan malam serta bimbang akan keselamatan kanak-kanak yang lalu di pinggir tasek tersebut.

Di kawasan Kampung Pandan Tujuh di mana letaknya Taman Lagun ini sahaja mempunyai kira-kira 1,500 buah rumah perpindahan selain flet-flet kerajaan dan baru-baru ini terbina pula flet-flet kediaman pegawai-pegawai Tentera British di kawasan Pandan Lapan dengan penduduk di anggarkan kira-kira lebih 6,000 orang.

Taman Lagun yang dihasratkan untuk dijadikan sebagai tempat riadah keluarga di kalangan penduduk kampung berkenaan dilihat sebagai tidak mencapai matlamatnya, ekoran kegagalan pihak tertentu dalam memastikan pemeliharaannya terjaga dan terkawal.

Apakah matlamat projek kempen kebersihan oleh berbagai pihak sudah dicapai untuk memberikan kesedaran mengenai apa yang dikempenkan?

Taman lagoon Pandan perlu perhatian

Pemandangan Yang Indah Tapi Tak Seindah Yang Di Harapkan

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.