UKONG TUTONG 08 APRIL 2008 - HARAPAN ahli-ahli akar umbi Parti Pembangunan Bangsa (NDP) untuk melihat parti terus wujud sebagai sebuah pelantar politik rakyat yang tulen, berwibawa dan ikhlas yang boleh memainkan peranan berkesan memperjuangkan nasib masa depan bangsa dan negara semakin meninggi gunung.
Harapan mereka ini jelas lahir lantaran ramai yang mungkin sudah cukup 'boring' dengan retorik-retorik sesetengah pemimpin-pemimpin terhadap kemaslahatan rakyat tapi akhirnya cakap tinggal cakap tapi masalah rakyat bertahun-tahun masih belum selesai.
Justeru tidak heran kenapa mereka menaruh harapan kepada NDP, satu-satunya parti politik di Brunei yang mereka lihat berpotensi untuk menjadi pelantar rakyat yang serious menyuarakan segala kerisauan mereka terhadap masa depan anak bangsa dan negara yang di cintai ini.
Menaruh harapan kepada NDP - Seramai 29 orang peduduk Kampong Ukong menyerahkan borang keahlian kepada Ayahnda Yasin Affandy di Majlis Perasmian Sekretariat Jawatankuasa Menyusur Desa. |
Mereka mahu melihat NDP terus hidup sebagai sebuah parti politik yang berwibawa dan digalati yang boleh menjadi pelantar untuk mereka menyumbangkan jasa bakti menjunjung titah membangun bangsa.
Mereka berharap untuk mendapat kekuatan dari NDP dalam perjuangan untuk memastikan keadilan dan ketelusan terus diamalkan dalam sistem pentadbiran dan pengurusan negara sebagai jaminan kearah memastikan Brunei berterusan menjadi sebuah negara Melayu, Islam, Beraja yang aman, damai dan sejahtera serta sentiasa mendapat keampunan Allah hingga ke anak cucu mereka.
 |
Mereka tidak rela melihat NDP wujud sebagai sebuiah parti poitik yang lemah umpama mentimun yang mudah di gilik-gilik dan di cincang-cincang atau sebuah parti politik untuk 'glamour' sahaja.
Persoalannya apakah kita selaku pemimpin-pemimpin NDP sudah bersedia untuk memenuhi harapan mereka ini?
Apakah kita sudah bersedia untuk membela mereka tanpa takut-takut dan ragu kalau-kalau nanti dengan pendekatan yang terlalu terserlah, kita nanti dijeling dan masam-masamkan muka oleh orang gomen yang tersinggung oleh kelantangan NDP menyuarakan masalah rakyat?
Tuntutan memenuhi harapan rakyat dan ahli-ahli setentunya merupakan cabaran besar yang harus
|
Doa harapan untuk NDP - Anak muda Ukon yang telah dipilih menjadi Ketua Pemuda Ranting Ukong 2 tampil untuk membacakan doa di majlis pelancaran Sekretariat Jawatankausa Menyusur Desa |
|
kita hadapi dengan tabah dan berani. Ianya menjadi lebih besar lagi di saat-saat kita sekarang sedang berhadapan dengan suasana yang kurang mesra politik dan kurang senang dengan kebangkitan kesedaran rakyat melalui pelantar politik di negara ini.
Sejauh ini NDP, setelah hampir 3 tahun berperanan, nampak masih boleh bertahan dalam usaha memenuhi harapan rakyat dan ahli-ahlinya walaupun sering dihambat dengan pelbagai rintagan prosedur yang kurang mesra politik.
Harapan kita NDP akan dapat terus bertahan menjadi sebuah parti politik yang berwibawa dan berpengaruh.
Harapan kita pemimpin-pemimpin NDP akan terus istiqamah dalam perjuangan dan tidak hilang punca dalam mengahadapi segala cabaran dan rintangan.
Harapan kita pemimpin-pemimpin NDP tidak lupa akan tugas dan tanggunjawab mereka kepada ahli-ahli dan tidak lupa bahawa tugas utama mereka bukannya untuk menjaga hati pihak-pihak berwajib sahaja akan tetapi lebih penting menjaga hati ahli-ahli.
|
HARAPAN - Awang Phua Lim Hoe @ Rosli dengan rela hati sudi memberikan NDP kesempatan mengunakan perkarangan rumahnya untuk majlis perasmian Sekretariat Jawatankuasa Menyusur Desa |
|