|
|
| |
 |
|
| |
| FORUM ISU-ISU GLOBALISASI, PEMBANGUNAN DAN DEMOKRASI |
Forum kupas isu globalisasi, Islam dan demokrasi |
|
|
| |
LIMBARUH HIJAU 20 APRIL 2008 - FORUM mewacanakan isu-isu globalisasi, Islam dan demokrasi telah berjaya mengamit kesedaran peserta-peserta forum terhadap realiti dunia hari ini terutama dunia Islam yang sedang berhadapan dengan berbagai cabaran-cabaran hebat yang dibawa oleh arus globalisasi dan gelombang demokrasi.
 |
Peserta-peserta forum terdiri dari ahli-ahli Lembaga Penasihat NDP, Majlis Tertinggi NDP serta para jemputan lain yang hadir di sesi forum tersebut kelmarin.
Forum Isu-Iu Globalisasi, Pembangunan dan Demokrasi telah di anjurkan oleh ION-E Communications dengan kerja sama Parti Pembangunan Bangsa (NDP).
Forum yang diadakan di Anjung Syura,
|
 |
dewan mesyuarat NDP di Limbaruh Hijau di Jerudong telah menampilkan 2 pensyarah dari Universiti Pertahanan Nasional Malayisa, iaitu sdr Mohd Izani Mohd Zain dan Professor Madya Abdool Razak Ahmad dengan dibantu oleh Malai Hassan Othman selaku facilitator di forum tersebut.
Mohd Izani Mohd Zain merupakan pensyarah di Jabatan Pengajian Strategi, Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Pengkhususan beliau ialah Pemikiran Politik Islam, Islam dan Demokrasi, Hubungan Antarabangsa dan Pangajian Keselamatan.
|
 |
Professor Madya Abdul Razak Ahmad, anak didik Allahyarham Professor Mahmud Saedon, juga merupakan pensyarah di university yang sama. Beliau merupakan sarjana kelulusan undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa dan International Trade Law dari London School of Economics dan University Kent di United Kingdom. Beliau juga merupakan salah seorang konsulant dalam Majlis Tindakan Ekonomi Negara (NEAC) dan juga ahli Pasukan Penasihat Khas Globalisasi selain menjadi ahli lembaga
|
 |
Pengarah beberapa universiti swasta teramsuk pernah menjadi wakil Kerajaan dalam Lembaga Pengarah Universiti Awam.
Empat topik perbincanang telah dipersembahkan di forum tersebut untuk mengupas isu-isu globalisasi dan dampaknya pada pembangunan Negara bangsa dan demokrasi; demokrsi dan proses-proses poitik; ketahanan negara dan ancaman non-tradisional dari prespektif Malaysia serta
|
 |
analisa terhadap politik Muslim dan kaitannya dengan demokrasi.
Forum satu hari suntuk itu telah berjaya memberikan pendedahan kepada peserta-peserta tentang isu-isu globalisasi, kesannya terhadap pembangunan Negara serta amalan demokrasi dari prespektif Islam.
Peserta-peserta juga telah didedahkan terhadap isu-isu strategik meliputi politik, hubungan antarabangsa, demokrasi serta .
|
pembangunan dimana konsep pembangunan Negara moden itu sedang melalui proses pemikiran semula yang menuntut kearah pemerintahan yang berintegriti serta ‘accountable’, proses pembangunan yang mapan dan lestari, hak kebebasan untuk bersuara, berpersatuan serta keterlibatan setiap warga dalam proses pemerintahan Negara mula diberikan perhatian yang besar.
Jelas forum tersebut berjaya menggalakkan percambahan idea tentang bagaimana masyarakat sivil dapat mencorakkan perbahasan tentang globalisasi, pembangunan dan demokrasi serta proses-proses politik yang dibawa bersamanya.
|
|
|
| |
 |
|
|
|
| |
|
|
|
|