| |
| |

SEBARANG PERTANYAAN ATAU KOMEN SILA HUBUNGI KAMI DI
aspirasindp@yahoo.com atau aspirasi-ndp@aspirasi-ndp.com
|

Klik disini untuk maklumat harga barangan di pasaran bulan ini. Sumber ehsan dari Jabatan Perancang dan Kemajuan Ekonomi Brunei (JPKE) Dibawakan oleh Biro Pengguna NDP
|
PENGUMUMAN SURUHANJAYA PEMILIHAN UMUM (SPU) BAGI PEMILIHAN KEPIMPINAN PARTI PERINGKAT PUSAT BAGI TAHUN
2012 – 2015 |
|
BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM
Pada melaksanakan kehendak Perlembagaan Parti Pembangunan Bangsa (NDP) Artikel 13:1, 35:1, 35:2, Aturan dan Peraturan dan Kaedah Pemilihan Kepimpinan Parti AP004/08 (3.1(a)), serta ketetapan mesyuarat Majlis Tertinggi Parti Pembangunan Bangsa (NDP) yang bersidang pada 24 Mac 2012 bersamaan 1hb Jamadil Awal 1433, maka dengan ini, Suruhanjaya Pemilihan Umum (SPU) Parti Pembangunan Bangsa (NDP) 2012, mengumumkan bahawa:
-
Seramai 80 orang telah dicalonkan untuk meduduki 28 kerusi Majlis Tertinggi bagi penggal 2012-1015
- Berdasarkan kaedah syura dan setelah melalui proses eliminasi pertama, adalah diumumkan bahawa dari seramai 80 pencalonan yang disebutkan diatas hanya jumlah seperti berikut yang akan melalui proses eliminasi kedua:
Presiden - Satu Pencalonan
Timbalan Presidan - Satu Pencalonan
Naib Presiden Brunei Muara - Satu Pencalonan
Naib Presiden Belait - Satu Pencalonan
Naib Presiden Tutong - Satu Pencalonan
Naib Presiden Temburong - Satu Pencalonan
Ketua Hal Ehwal Non Muslim - Satu Pencalonan
Ketua Himpunan Pemuda - Satu Pencalonan
Ketua Himpunan Wanita - Satu Pencalonan
Ahli Majlis Tertinggi bagi :
- Brunei Muara - Tujuh Pencalonan
- Belait - Enam Pencalonan
- Tutong - Empat Pencalonan
- Temburong - Dua Pencalonan
3) SPU telah mengambil ketetapan bahawa pencalonan dan pemilihan jawatan Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap akan diadakan semasa berlangsungnya Kongres Agung Tahunan Ke-7 nanti.
Sekian
Adalah Saya
ROMAINOR BIN ISMAIL
Pengurusi Suruhanjaya Pemilihan Umum(SPU)
Parti Pembagunan Bangsa(NDP) 2012.
Limbaruh Hijau
Spg 323 Jalan Jerudong
Negara Brunei Darussalam.
02hb Mei 2012
10Jamadil Akhir 1433 |
Ranting Bebuloh ranting contoh |
|
BEBULOH, BRUNEI-MUARA 22 JAMADILAKHIR 1433/14 MEI 2012: RANTING merupakan komponen penting dalam Parti Pembangunan Bangsa (NDP) memperjuangkan untung nasib rakyat terutama mereka yang tinggal dikawasan-kawasan pendalaman. Seterusnya... |
NDP raikan Hari keluarga Di Ukong |
|
UKONG, TUTONG 19 JAMADIL AKHIR/9 APRIL 2012: KETIKA masyarakat bandar meriah menyambut Hari Keluarga Kebangsaan 2012, pemimpin-pemimpin Parti Pembangunan Bangsa (NDP) pula ‘lari’ ke luar bandar untuk bersama penduduk pendalaman merayakan hari berbahagia tersebut yang diinspirasikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaullah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Seterusnya... |
MENGENANG JASA AHLI LEMBAGA PENASIHAT YANG KEMBALI KE RAHMATULLAH |
|
LIMBARUH HIJAU 12 JAMADILAKHIR 1433/3 MEI 2012: WALAUPUN sudah pergi meninggalkan dunia fana ini namun jasanya tetap dikenang.
Allahyarham Pg. Hj. Muhammad Samli bin Pg. Haji Lahab yang merupakan salah seorang ahli Lembaga Penasihat NDP telah kembali kerahamtullah pada 20 April 2012 yang lepas. Seterusnya... |
Perlaksanaan PEMILU bukan sekadar menukar barisan kepimpinan |
|
GADONG AHAD 15 April 2012 / 23 Jamadilawal 1433: PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) melaksanakan Pemilihan Umum (PEMILU) bukan sekadar memenuhi kehendak Perlembagaan parti atau hanya sebagai satu kaedah untuk menukar barisan kepimpinan dalam parti setiap 3 tahun sekali. Seterusnya.... |
KOPERKASA ambil langkah untuk kembali aktif |
|
| BANDAR SERI BEGAWAN 13 April 2012 / 21 Jamadilawal 1433: KOPERK ASA sedang mengatur langkah untuk mengiatkan semula perusahaannya setelah sekian lama terbantut. Seterusnya... |
Rakyat murba Non Muslim juga perlu bantuan |
|
|
TUTONG-20 Jamadilawal 1433/ 12 APRIL 2012: APAKAH benar pihak-pihak berkenaan yang diamanahkan memeduli kebajikkan dan kesejahteraan golongan marhaen hanya mengutamakan mereka yang bergama Islam sahaja dalam memberikan bantuan kebajikkan?
Apakah benar golongan rakyat Non Muslim tidak ada akses atau agak sukar untuk mendapatkan bantuan kebajikkan yang disediakan pihak berkuasa berbanding rakyat yang beragama Islam? Seterusnya... |
Tersentuh dengan titah tahniah kepada Myanmar |
LIMBARUH HIJAU 4 Jamadilawal 1433/ 6 April 2012: Titah ucap tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaullah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kepada Myanmar atas kejayaannya mengadakan pilihan raya baru-baru ini merupakan tajuk berita utama muka depan Borneo Bulletin keluaran Rabu 3 Mac 2012. Seterusnya... |
Tahniah! Pasukan Bolasepak Belia Negara Juara HBT |
Keberangkatan Kebawah Duli Yang Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersama kerabat diraja ke stadium Negara Hassanal Bolkiah bagi menyaksikan Perlawanan akhir Kejohanan Piala Hassanal Bolkiah tidak menghampakan baginda. Pada kejohanan itu; dengan disaksikan oleh lebih 20,000 rakyat baginda , Pasukan Belia Negara telah dapat mengalahkan pasukan dari Negara Indonesia dengan keputusan 2-0. Seterusnya... |
Membina Pertubuhan Masyarakat Sivik Yang Berdaya Maju dan Efektif |
|
BANDAR SERI BEGAWAN Khamis 8 Mac 2012 / 15 Rabiulakhir 1433 : SERAMAI 20 AHLI-AHLI Majlis Tertinggi Parti Pembangunan Bangsa (NDP) termasuk beberapa Ketua-Ketua Ranting NDP dari Brunei-Muara, Belait dan Tutong telah menghadiri bengkel kaedah membina sebuah Pertubuhan Masyarakat Sivik. Seterusnya....
|
NDP menaruh harapan tinggi kepada persidangan MMN |
LIMBARUH HIJAU Sabtu 3 Mac 2012/10 Rabiulakhir 1433: Persidangan Musim Permesyuaratan Ke-8 Majlis Mesyuarat Negara yang bermula pada Hari Khamis , 8 rabiulakhir 1433 bersamaan 1 Mac 2012 lalu telah dianugerahkan dengan titah perasmian oleh KDYMM. Seterusnya... |
NDP menyokong penuh titah KDYMM di Pembukaan Rasmi MMN |
LIMBARUH HIJAU 9 Rabiulakhir 1433/2 MAC 2012: PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) dengan rendah hati menjunjung kasih kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan merakamkan sokongan parti akan titah baginda sempena Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Kelapan Majlis Mesyuarat Negara yang berlangsung kelmarin hari Khamis, 8 Rabiulakhir 1433 / 1 Mac 2012 bertempat di Bangunan Dewan Majlis, Jalan Dewan Majlis, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam. Seterusnya... |
Perbahasan hangat tarif baru letrik |
|
LIMBARUH HIJAU 7 Rabiulakhir 1433/29 FEBRUARI 2012: PERBAHASAN hangat antara kumpulan pencadang yang menyokong langkah Jabatan Tenaga melalui Jabatan Perkhidmatan Letrik memperkenalkan tarif letrik dan sistem meter letrik pra bayar dengan kumpulan 'pembangkang' langkah tersebut berlangsung petang kelmarin di Dewan Syura Markas Pusat Parti Pembangunan Bangsa. Seterusnya... |
Pasukan NDP sertai perbarisan Hari Kebangsaan |
|
LIMBARUH HIJAU 2 Rabiulakhir 1433 (24 FEBRUARY 2012) : DEMI bangsa dan negara yang dicinati, Pak Mantar (Awang Mantar Prayam) dan beberapa warga Parti Pembangunan Bangsa (NDP) puak Bisaya dari Kampong Bebuluh dan Paya Karangan, sebuah Kampong Brunei di kawasan Limbang, tidak keberatan meninggalkan semanatara kerja mengetam padi yang belum selesai...yang penting mereka dapat ikut serta di perbarisan raksasa Hari Kebangsaan Negara ke 28. Seterusnya... |
Dirgahayu Negara Brunei Darussalam |
Oleh Juned Ramli
Negara sekali lagi menyambut dan meraikan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Ke- 28 yang jatuh pada hari Khamis 30 Rabiulawal 1433 bersamaan 23 Februari 2012 dengan penuh kesyukuran. Seterusnya... |
Negaraku Brunei Darussalam...luahan hati Hari Kemerdekaan |
|
Hari Kemerdekaan Negaraku Brunei Darussalam yang diraikan pada 23 Februari setiap tahun dengan meriahnya di Negaraku Brunei Darussalam. Acara kemuncaknya ialah perbarisan lalu yang lazimnya diadakan di Taman Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, sebuah taman yang mempunyai sejarahnya tersendiri. Di Taman inilah menyaksikan pengistyharan kemerdekaan Negaraku Brunei Darussalam pada 1 Januari 1984, disaat umurku 4 tahun. Waktu itu aku masih terlalu kecil untuk mengerti erti sebuah kemerdekaan yang sebenar. Seterusnya... |
BELANSUNGKAWA |

Allahyarham Yang Amat Mulia,
Pengiran Indera Mahkota Pengiran Anak (Dr.) Kemaluddin Al-Haj ibni Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Haji Mohd. Yassin, PSLJ., SPMB., POAS., PHBS., PJK., PKL
|
LIMBARUH HIJAU 16 SAFAR 1433 (10 JANUARI 2012): PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Yang Amat Mulia
Pengiran Indera Mahkota Pengiran Anak (Dr.) Kemaluddin Al-Haj ibni Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Haji Mohd. Yassin yang telah kembali ke rahmatullah pada jam 1.05 pm 15 Safar 1433 bersamaan 9 Januari 2012 Masehi dikediaman Allahyarham di Kampung Beribi, Jalan Gadong di sini. Seterusnya... |
NDP alu-alukan langkah kehadapan Kementerian Pendidikan |
|
LIMBARUH HIJAU 12 SAFAR 1433 (6 JANUARI 2012) : PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) mengalu-alukan langkah kehadapan Kementerian Pendidikan menubuhan 'Model Schools' atau 'Sekolah Contoh' bagi tujuan melahirkan melahirkan pakar-pakar dan professional bagi keperluan negara. Seterusnya... |
Tahniah Kepada Kementerian Pendidikan Atas Inisiatif Membantu Pelajar Dari Keluarga Susah |
LIMBARUH HIJAU 9 SAFAR 1433 (3 JANUARI 2012): TAHNIAH kepada Kementerian Pendidikan atas inisiatif menyelamatkan golongan pelajar dari keluarga susah dari tercicir atas sebab tekanan hidup. Seterusnya... |
NDP Belait buka lembaran 2012
dengan do'a dan tahlil
|
|
BELAIT 7 SAFAR 1433 (1 JANUARI 2012) : PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) Daerah Belait membuka tirai Tahun Baru Masehi 2012 dengan Majlis Tahlil dan Do'a Selamat di kediaman Timbalan Presiden merangkap Pemangku Presiden NDP di Kampong Pandan C Kuala Belait. Seterusnya... |
NDP menyambut baik Titah Perutusan 2012 |

Gambar ehsan Pelita Brunei |
LIMBARUH HIJAU 7 SAFAR 1433 (1 JANUARI 2012) : PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) menaruh harapan agar titah Tahun Baru 2012 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam akan mendapat sambutan dan sokongan penuh dari semua lapisan rakyat terutama mereka yang memegang amanah mentadbir dan mengurus perlaksanaan dasar pembangunan negara. Seterusnya... |
TAHLIL DAN DOA ARWAH BAGI MANGSA-MANGSA TRAGEDI KEMALANGAN BAS DI KK |
|
KUALA BELAIT, 2 SAFAR 1433 (27 DISEMBER 2011) - Seluruh rakyat dan penduduk di Negara Brunei Darussalam telah dikejutkan dengan berita sedih tragedi kemalangan penumpang-penumpang bas pelancong di Kota Kinabalu pada 20hb Disember lalu. Seterusnya... |
MENGIMBAS USUL-USUL YANG DIANGKAT DI KONGRES AGONG KE 6 2011 |
|
KDYMM mempersiapkan
landasan demokrasi negara |
|
LIMBARUH HIJAU 18 MUHARRAM 1433 (15 DISEMBER 2011) - PEGANGAN Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam terhadap pengamalan sistem demokrasi yang memberikan ruang dan peluang yang lebih luas kepada penyertaan rakyat dalam sama-sama menentukan untung nasib bangsa dan negara merupakan antara topik perbincangan di sesi sembang petang bersama NDP kelmarin (Rabu 14 Disember 2011). Seterusnya... |
Tahniah atas kesungguhan melaksana Dasar Pembruneian demi bangsa dan negara |

Gambar ehsan Pelita Brunei |
LIMBARUH HIJAU 18 MUHARRAM (15 DISEMBER2011) – TAHNIAH kepada Menteri Tenaga di Jabatan Predana Menteri atas langkah bersungguh-sungguh yang diambil untuk memastikan peluang pekerjaan di sektor minyak dan gas akan lebih memihak kepada anak-anak tempatan. Seterusnya... |
NDP sokong rancangan wujudkan pusat penjagaan kanak-kanak kawasan
bangunan pejabat
|
LIMBARUH HIJAU 17 MUHARRAM 1433 (14 DISEMBER 2011) – PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) menyokong penuh rancangan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) untuk memperkenalkan pusat-pusat penjagaan kanak-kanak di tempat-tempat kerja di sektor awam dan sektor swasta. Seterusnya... |
Dasar Alam Sekitar Negara Bertepatan
Dengan Hasrat NDP |
LIMBAARUH HIJAU 16 MUHARRAM 1433 (13 DISEMBER 2011) - PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP)mengalu-alukan sabda Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri menekankan pentingnya memperkukuh amalan-amalan terbaik dalam pengurusan serta pelaksanaan projek-projek pembangunan infrastruktur bagi memastikan persekitaran alam semula jadi terpelihara. Seterusnya... |
NDB Belait bersiap sedia hadapi cabaran 2012 |
|
LUMUT, DAERAH BELAIT AHAD 14 MUHARRAM 1433 (11 DISEMBER 2011) - Badan Perhubungan Parti Pembangunan (NDP) Daerah Belait kelmarin telah mengadakan Sesi Muzakarah Bersama AJK Perhubungan dan Ranting-Ranting bagi tujuan merapatkan saf saf barisan ahli-ahli NDP di Belait yang berjumlah hampir lapan ratus orang. Seterusnya... |
Bengkel Strategi Majukan Ranting |
|
LUMUT DAERAH BELAIT AHAD 14 MUHARRAM 1433 (11 DISEMBER 2011) - BADAN PERHUBUNGAN PARTI PEMBANGUNAN BELAIT wajar diberikan pujian atas kejayaannya menganjurkan bengkel bertajuk 'Strategi Memajukan Ranting'. Seterusnya... |
Menjana Kemajuan
Pengusaha Kecil dan Sederhana |
|
LIMBARUH HIJAU 12 MUHARRAM 1433 (9 DISEMBER 2011) - KERAJAAN Negara Brunei Darussalam telah banyak memperkenalkan dasar-dasar dan program-program pembangunan ekonomi yang baru demi untuk mencapai matlamat memajukan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara ini. Seterusnya... |
Perkembangan NDP sukat-sukat
iklim politik negara |
|
LIMBARUH HIJAU 11 MUHARRAM 1433 (8 DISEMBER 2011) - PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) tidak boleh gagal dalam tugas dan tanggunjawab untuk membawa perubahan kepada iklim dan sistem politik di negara ini. Seterusnya... |
NDP DIKERAH SIAP SEDIA HADAPI CABARAN 2012 |
|
LIMBARUH HIJAU 11 MUHARRAM 1433 (8 DISEMBER 2011) - Mesyuarat Majlis Permesyuaratan Perhubungan Daerah (MPPD) bagi Penggal ke-3 2011 yang berlangsung pada 7 Muharram 1433 bersamaan 3 Disember 2011 di Pusat Tarbiyah NDP Tutonng merupakan mesyuarat pusingan terakhir MPPD bagi tahun 2011. Seterusnya... |
Sang Setia NDP mengalu-alukan
sokongan ahli-ahli baru |
|
LIMBARUH HIJAU 09 MUHARRAM 1433 (6 DISEMBER 2011) - MAJLIS Penaikkan bendera 'Sang Setia' pada tahun ini merupakan acara yang sangat bersejarah. Seramai sepuloh orang bekas tentera Angkatan Bersenjata DiRaja Brunei telah merakamkan di majlis tersebut kesediaan mereka untuk terus berkhidmat kepada bangsa dan negara bersama Parti Pembangunan Bangsa (NDP). SETERUSNYA... |
Berkhidmat kepada bangsa dan negara |
|
LIMBARUH HIJAU 09 MUHARRAM 1433 (06 DISEMBER 2011) - PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) telah menyaksikan banyak perubahan besar dalam dasar dan perlaksanaan kemajuan pembangunan bangsa dan negara sejak kelahiran Parti Pembangunan Bangsa (NDP) dipesada politik tanah air pada 31 Ogos 2005. Seterusnya... |
Kasih Sayang Yang Abadi |

Kasih sayang rakyat kepada wira-wira bangsa terutama Al Marhum DYMM Paduka Seri Begawan Sultan Sir Haji Omar Ali Saiffudein Khairi Waddien yang telah pergi mendahului kita tetap kekal abadi bak kata puisi Melayu, Nyiur gading puncak mahligai;
Sayang ketupat berisi inti;
Hancur daging tulang berkecai;
Kasih sayang sampai ke mati.
|
LIMBARUH HIJAU 9 MUHARRAM 1433 (5 DISEMBER 2011) - PERJALANAN untuk mengisi kemerdekaan yang telah dinikmati hampir tiga dekad ini masih panjang dan tidak akan ada penghujungnya. Seterusnya... |
Kursus Pengenalan Pengurusan Pentadbiran Ranting |
|
LIMBARUH HIJAU 8 MUHARRAM 1433 (4 DISEMBER 2011) - JABATAN SETIA USAHA AGONG (JASA) telah mengendalikan 'Kursus Pengenalan Pengurusan dan Pentadbiran Ranting' dalam usahanya yang berterusan untuk memantapkan lagi keberkesanan pengurusan dan pentadbiran parti di semua peringkat. Seterusnya... |
NDP tinjau kawasan dipertikai |
|
BANDAR SERI BEGAWAN 20 NOVEMBER 2011 – Rakyat Brunei yang masih menetap di kawasan perkampungan Brunei dalam kawasan dipertikai antara Brunei dan Limbang, Sarawak semakin gelisah berikutan inisiatif baru Kerajaan Negeri Sarawak untuk memetakan dan mengerankan tanah-tanah Hak Adat Bumiputera (Native Customary Rights) milek puak-puak asli di kawasan-kawasan terlibat. Seterusnya... |
Program 'Sembang Petang' kearah memperkasa keupayaan berpolitik |
|
LIMBARUH HIJAU 14 NOVEMBER 2011: INISIATIF Biro Tugas-Tugas Khas Kajian Dasar dan Strategik memperkenalkan program 'Sembang Petang' sebagai wadah bagi ahli-ahli Parti Pembangunan Bangsa (NDP) dan bukan ahli membincangkan dan membahaskan isu-isu semasa sangat dialu-alukan. Seterusnya.... |
Dunia Terbalik - Duniawi Diutama
Dari Ukhrawi |
|
BANDAR SERI BEGAWAN, 6Nov. 2011- Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah menekankan bahawa orang sering keliru, dengan mengutamakan cabaran duniawi sementara cabaran ukhrawi pula diambil rengan. Seterusnya...
|
Pastikan Ekonomi, Pelaburan, Penswastaan juga tidak bercanggah dengan Syariat Islam |
 |
LIMBARUH HIJAU 19 OKTOBER 2011 - PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) sangat mengalu-alukan langkah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam menitahkan perlaksanaan undang-undang Syariah di negara ini. Seterusnya... |
MPPD medan tingatkan keupayaan anggota parti |
LIMBARUH HIJAU 19 OKTOBER 2011- Majlis Permesyuaratan Perhubungan Daerah (MPPD) yang diadakan tiga kali setahun anjuran Jabatan Setiausaha Agong (JASA) NDP adalah medan terbaik untuk mendidik dan melatih ahli-ahli parti khususnya ahli jawatankuasa Badan Perhubungan Daerah untuk berhujah dan memberikan pandangan yang bernas selain menghadapkan usul-usul dengan berkeyakinan. Seterusnya.... |
Commonwealth Workshop to Promote Dialogue Between Government and Opposition in Male, Maldives 13-15 June 2011 |
|
|


 |
 |
|
| |
|
| |
Presiden NDP |
DIPANGKU SEMENTARA OLEH TIMBALAN PRESIDEN
|
Timbalan Presiden |
Sdra Malai Hassan Othman
|
Setiausaha Agung |
Sdra Haji Juned Ramli
|
 |
 |

|


|
PENILAIAN DESKRIPTIF KE ATAS RANCANGAN KEMAJUAN NEGARA (RKN 2007-2012) DARI SUDUT PERANCANGAN EKONOMI DAN SOSIAL

|
|
| |
|
|